Selamat datai (selamat datang) ke Laman
Web Majlis Daerah Lubok Antu!
Saya amat mengalu-alukan tuan/puan melayari Laman Web Majlis daerah
Lubok Antu.
Sebagai mukadimah mesej saya, ingin saya memaklumkan bahawa Majlis
daerah Lubok Antu merupakan salah sebuah Pihak Berkuasa Tempatan
di negeri Sarawak yang unik dari segi lokasi ibu pejabatnya. Kebanyakan
daripada orang ramai keliru dengan kedudukan ibu pejabat Majlis
ini kerana pada namanya. Maka bagi memudahkan orang ramai untuk
berhubung dengan pihak kami, ibu pejabat kami terletak di Pekan
Engkilili iaitu kira-kira 34km dari Bandar Sri Aman dan mempunyai
sebuah pejabat kecil di Pekan Lubok Antu yang terletak kira-kira
85km dari Bandar Sri Aman.
Sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan, objektif utama kami ialah
berkhidmat untuk masyarakat. Maka melalui laman web ini kami sentiasa
berusaha untuk mewujudkan suasana yang boleh berinteraksi dengan
pelanggan bagi menjamin keberkesanan dan kecekapan perkhidmatan
serta sistem penyampaian pihak Majlis. Selain daripada itu juga,
melalui laman web ini pelanggan boleh menyalurkan pandangan dan
cadangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Majlis.
Langkah ini juga adalah untuk memastikan bahawa terdapat sistem
komunikasi tiga hala iaitu diantara pihak Majlis dengan masyarakat,
masyarakat dengan pihak Majlis dan masyarakat dengan masyarakat.
Akhir sekali, saya berharap agar laman web ini akan mendekatkan
pihak Majlis dengan pelanggan dan dapat memberi informasi mengenai
perkhidmatan dan aktiviti Majlis. Semoga laman web ini akan dimanfaatkan
sebaik-baiknya oleh semua pihak bagi kebaikan bersama.
Sekian, Terima kasih.
"BERSATU
BERUSAHA BERBAKTI"
Lolita Jaime ak. Nicholas Boyok
Setiausaha,
Majlis Daerah Lubok Antu
95800 Engkilili