|
PERUTUSAN PENGERUSI
|
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih
kerana memberi saya ruang ini untuk menyampaikan kata-kata aluan
sempena pelaksanaan Laman Web Majlis Daerah Lubok Antu.
Seperti yang dikehendaki oleh kerajaan, Majlis Daerah Lubok Antu
juga adalah salah satu daripada agensi kerajaan yang memberi perkhidmatan
begitu penting kepada rakyat digalakan untuk menggunakan ITC secara
meluas untuk mempastikan perkhidmatan yang diberi adalah cepat,
tepat, bermutu, berkualiti dan mesra.
Seperti kita ketahui, dunia sekarang adalah dunia tanpa sempadan
dan sekiranya kita tidak melengkapkan diri dengan cara baru bekerja
iaitu mahir menggunakan ITC, sudah tentu kita akan ketinggalan dan
tidak mampu lagi bersaing dengan orang lain.
Dengan laksananya Laman Web Majlis Daerah Lubok Antu ini. saya pasti
ianya akan memudahkan kerja pengurusan perkhidmatan yang lebih cepat,
tepat dan berkualiti untuk memuaskan hati pelanggan sejajar dengan
polisi kerajaan yang inginkan jentera kerajaan beroperasi secara
automation menjuruskan ke arah cita-cita E-Goverment.
Akhir kata, saya mengucapkan syabas kepada semua yang terlibat untuk
menjayakan perlaksanaan Laman Web ini menjadi kenyataan.
En. Nelson Mujah Girie
Pengerusi Majlis Daerah Lubok Antu
Merangkap Pegawai Daerah,
Lubok Antu
|
|