STRUKTUR ORGANISASI


Majlis Daerah Lubok Antu mempunyai seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan seramai dua puluh empat orang Ahli-Ahli Majlis yang dilantik oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak di bawah seksyen 12, Local Authorities Ordinance,1996. Mereka bertanggungjawab mengubal dasar-dasar Majlis serta proses membuat keputusan.

Sebanyak lima buah jawatankuasa dan sebuah lembaga telah ditubuhkan bagi memudahkan perjalanan tugas.


Jawatankuasa-jawatankuasa dan lembaga tersebut ialah:


i.
   Jawatankuasa Kewangan dan Perjawatan;
ii.
   Jawatankuasa Keindahan Bandar dan Persekitaran;
iii.
   Jawatankuasa Kesihatan Awam dan Perlesenan;
iv.
   Jawatankuasa Kerja Raya dan Pelancongan;
v.
   Jawatankuasa Tender;
vi.
   Jawatankuasa Pembukaan Tender.


Mesyuarat Majlis (atau "ordinary meeting") diadakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan dari masa ke semasa dan ia diadakan tidak kurang daripada empat kali setahun. Selain itu, Pengerusi Majlis juga boleh, pada bila-bila masa memanggil secara bertulis supaya diadakan suatu mesyuarat khas (atau "sepecial meeting") dengan kehadiran tidak kurang daripada satu pertiga Ahli-ahli Majlis bagi membincangkan suatu perkara tertentu.

Jentera pentadbiran Majlis diketuai oleh Setiausaha. Ia bertanggungjawab memberi nasihat dan melaksanakan dasar-dasar yang ditentukan dan arahan-arahan Pihak Berkuasa Tempatan. Beliau dibantu oleh empat puluh tujuh anggota kumpulan sokongan Majlis.


Nama dan Jawatan Pentadbir serta Ketua Bahagian


 SETIAUSAHA [Pegawai Tadbir, N41] (Lolita Jaime ak. Nicholas Boyok)

KETUA BAHAGIAN KESIHATAN AWAM
[Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, U32]

(Joseph Siew Uh Huat)

KETUA BAHAGIAN PENBENDAHARAAN Bendahari [Penolong Akauntan, W27]
(En. Tay Hang Pheng)
KETUA BAHAGIAN PENTADBIRAN Pembantu Tadbir N22
(George Kayong)
KETUA BAHAGIAN KERJA RAYA Juruteknik (Awam), J 22 (En. Abang Naim Bin Abang Pauzi)
KETUA BAHAGIAN PENILAIAN Pembantu Penilaian, W 22
(En. Adan ak Sandom)
KETUA BAHAGIAN PENGUATKUASA Pembantu Penguatkuasa, N 17 (En. Jee Jit Shin)
KETUA BAHAGIAN PERPUSTAKAAN Pembantu Perpustakaan S 17 (Cik Toh Wan Leng)
KETUA PEGAWAI MAKLUMAT UNIT ICT
[ Majlis Pembantu Tadbir (P/O), N 17]
(En. Kon Jew Kong)
WEBMASTER MAJLIS DAERAH LUBOK ANTU
(Ng Tse Mui)



>>   1   2   3   4   5