Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
 BM  | EN
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil


Jumlah Pelawat : janitorial service broward
Kemaskini Pada: 9/Nov/2017
Versi 8.0.2c
PengerusiPengerusi

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana memberi saya ruang ini untuk menyampaikan kata-kata aluan sempena pelaksanaan Laman Web Majlis Daerah Lubok Antu.

Seperti yang dikehendaki oleh kerajaan, Majlis Daerah Lubok Antu juga adalah salah satu daripada agensi kerajaan yang memberi perkhidmatan begitu penting kepada rakyat digalakan untuk menggunakan ITC secara meluas untuk mempastikan perkhidmatan yang diberi adalah cepat, tepat, bermutu, berkualiti dan mesra.

Seperti kita ketahui, dunia sekarang adalah dunia tanpa sempadan dan sekiranya kita tidak melengkapkan diri dengan cara baru bekerja iaitu mahir menggunakan ITC, sudah tentu kita akan ketinggalan dan tidak mampu lagi bersaing dengan orang lain.

Dengan laksananya Laman Web Majlis Daerah Lubok Antu ini. saya pasti ianya akan memudahkan kerja pengurusan perkhidmatan yang lebih cepat, tepat dan berkualiti untuk memuaskan hati pelanggan sejajar dengan polisi kerajaan yang inginkan jentera kerajaan beroperasi secara automation menjuruskan ke arah cita-cita E-Goverment.

Akhir kata, saya mengucapkan syabas kepada semua yang terlibat untuk menjayakan perlaksanaan Laman Web ini menjadi kenyataan.

En. Richard anak Ngumbang
Pengerusi MDLA,
Lubok Antu