Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
 BM  | EN
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil


Jumlah Pelawat : janitorial service broward
Kemaskini Pada: 21/Jun/2017
Versi 8.0.2
SetiausahaSetiausaha

Selamat datai (selamat datang) ke Laman Web Majlis Daerah Lubok Antu!

Saya amat mengalu-alukan tuan/puan melayari Laman Web Majlis daerah Lubok Antu.

Sebagai mukadimah mesej saya, ingin saya memaklumkan bahawa Majlis daerah Lubok Antu merupakan salah sebuah Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Sarawak yang unik dari segi lokasi ibu pejabatnya. Kebanyakan daripada orang ramai keliru dengan kedudukan ibu pejabat Majlis ini kerana pada namanya. Maka bagi memudahkan orang ramai untuk berhubung dengan pihak kami, ibu pejabat kami terletak di Pekan Engkilili iaitu kira-kira 34km dari Bandar Sri Aman dan mempunyai sebuah pejabat kecil di Pekan Lubok Antu yang terletak kira-kira 85km dari Bandar Sri Aman.

Sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan, objektif utama kami ialah berkhidmat untuk masyarakat. Maka melalui laman web ini kami sentiasa berusaha untuk mewujudkan suasana yang boleh berinteraksi dengan pelanggan bagi menjamin keberkesanan dan kecekapan perkhidmatan serta sistem penyampaian pihak Majlis. Selain daripada itu juga, melalui laman web ini pelanggan boleh menyalurkan pandangan dan cadangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Majlis. Langkah ini juga adalah untuk memastikan bahawa terdapat sistem komunikasi tiga hala iaitu diantara pihak Majlis dengan masyarakat, masyarakat dengan pihak Majlis dan masyarakat dengan masyarakat.

Akhir sekali, saya berharap agar laman web ini akan mendekatkan pihak Majlis dengan pelanggan dan dapat memberi informasi mengenai perkhidmatan dan aktiviti Majlis. Semoga laman web ini akan dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh semua pihak bagi kebaikan bersama.

Sekian, Terima kasih.

"BERSATU BERUSAHA BERBAKTI"

En. Phang Joon Foong
Setiausaha,
Majlis Daerah Lubok Antu